Name:Beh Huey Ching.
Address:28,USJ23/3B,UEP,Subang Jaya.
Age:11
Category: 2Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih
Encik Ali seorang peniaga yang berjaya. Beliau berasal
dari keluarga yang miskin. Walau bagaimanapun, beliau berpegang kepada kata
pepatah, 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'.
Sejak Encik Ali kecil dahulu, beliau terpaksa berhenti
pergi ke sekolah kerana kemiskinan keluarganya. Bagi menampung kehidupan
keluarganya, beliau menolong ibunya menjual goreng pisang.
Walaupun Encik Ali tidak bersekolah, namun dia menghadiri
kelas malam yang dianjurkan oleh Persatuan Kampung Tempatan. Atas semua
pelajaran dari kelas malam dan kerajinanya, beliau pun mengembangkan
perniagaannya.
Emcik Ali membeli sebuah kedai runcit. Beliau menjual
barang-barang runcit dan makanan. Kadang-kala, beliau terpaksa bekerja sehingga
12.00 tengah malam. Namun, Encik Ali bekerja tanpa rasa jemu.
Selepas dua puluh tahun, beliau memiliki tiga buah kedai
dan sebuah restoron. Beliau memiliki tiga puluh sembilan orang pekerja. Setiap
hari, kedainya dan restoron dipenuhi oleh pelanggan.
Saya bertanya kepada Encik Ali bagaimana beliau mencapai
kejayaan yang cemerlang. Beliau berkata bahawa semua orang boleh mencapai
kejayaan sepertinya asalkan, 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'.