Name:Beh Huey Ching.
Address:28,USJ23/3B,UEP,Subang Jaya.
Age:11
Category: 2Peristiwa Yang Tidak Dapat saya Lupakan
Pada hari Selasa yang lalu, aku telah pergi ke sekolah seperti biasa. Semasa
pelajaran pertama sedang dijalankan, Puan Lim menyuruh aku untuk pergi ke
pejabat. Apabila sampai ke pejabat, aku mendapati ibuku sedang berada di sana.
Ibuku menyuruh aku untuk berkemas lalu pulang ke kampung segera. Aku dan
ibuku bertolak ke kampung. Setiba di sana alangkah terkejutnya aku ternampak
bapaku, pak cikku, nenekku dan makcikku telah berada di sana!
Aku mulai menghampiri pak cikku lalu bertanya bahawa di manakah datukku. Pada
mulanya, pak cikku tidak mahu menjawabku. Akhirnya, pak cikku menjawabku. Dia
berkata bahawa datukku sakit tenat.
Tanpa membuang masa, aku terus berlari ke bilik datukku. Aku ternampak
datukku sedang berbaring di atas katil. Apabila aku mengeluarkan suaraku,
tiba-tiba datukku telah menghembus nafasnya yang terakhir.
Aku mulai menangis. Datukku pernah kata bahawa akan mengajarku menganyam
tikar mengkuang. Kini, tiada orang yang mengajarku. Peristiwa itu masih berada
dalam ingatanku.