Home | Newsletter | Community | Knight Watch | Monthly Meeting | Charity Fund | Planet Free | In the Press
Resident's Corner | Faces of USJ | Products & Services | About Us | Feedbackget this gear!

These are our archives. For the latest updates visit our Main Website at http://www.usj23.com


USJ 23 RESIDENT & N/W PRO TEM COMMITTEE 2001
12, JALAN USJ 23/3C, UEP SUBANG JAYA, 47610 SUBANG JAYA, SELANGOR
TELEPHONE: 603-80247143 FACSIMILE: 603-80240752
Website: http://www.usj23.com E-mail: committee@usj23.com

     
 

Text Box: By Hand

 

Yang Berbahagia Datuk Ir. Md. Sidek Ahmad
Managing Director
Tenaga Nasional Berhad Distribution Sdn Bhd
Tingkat 19, Wisma TNB
No. 19  Jalan Timur
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
 

Tuan,

Perkara: Pemasangan Lampu Di Taman Permainan USJ 23, UEP Subang Jaya

Kami bagi pihak penduduk-penduduk di USJ 23, UEP Subang Jaya ingin merayu kepada pihak Tuan supaya memasang lampu-lampu di taman permainan kami.

Jawatankuasa Proten Rukun Tetangga dan Penduduk-penduduk USJ 23 telah ditubuhkan pada 1999. Antara aktiviti-aktiviti utama yang dijalankan ialah seperti penjagaan malam oleh ahli-ahlinya, jamuan tahunan dan perjumpaan bulanan oleh penduduk-penduduk USJ 23. Pada masa sekarang, kami mengadakan perjumpaan bulanan kami di rumah dan memandangkan penduduk-penduduk yang hadir semakin bertambah, Jawatankuasa kami telah bercadang untuk mengadakan perjumpaan bulanan di gelanggang badminton di taman permainan tersebut. Walaupun begitu, gelanggan badminton tersebut tidak mempunyai lampu.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kami adalah untuk kebajikan dan keselesaan hidup penduduk-penduduk di USJ 23. Oleh itu, kami berharap pihak Tuan dapat memberikan sumbangan dengan memasang lampu-lampu di gelanggan badminton tersebut.

Kami melampirkan di sini salinan petisyen oleh penduduk-penduduk di USJ 23 untuk tatapan Tuan. Petisyen tersebut adalah sebagai bukti bahawa hampir kesemua penduduk-penduduk di USJ 23 bersama-sama merayu kepada jasa baik Tuan dalam membantu kami untuk mewujudkan suatu suasana kehidupan yang selesa, aman dan damai dalam USJ 23.

Sekian,diucapkan ribuan terima kasih.

 

Yee Foon Kong
Chairman
USJ23 Resident and N/W Pro Tem Committee 2001

 

(Attach Original List of Signatures from Residents in USJ 23) - 168 signatures

 
     

[Back to Planet Free]
 


These are our archives. For the latest updates visit our Main Website at http://www.usj23.com

Home | Newsletter | Community | Knight Watch | Monthly Meeting | Charity Fund | Planet Free | In the Press
Resident's Corner | Faces of USJ | Products & Services | About Us | Feedbackget this gear!


Send mail to webmaster@usj23.com with questions or comments about this web site.
Copyright © 2001 - 2002 USJ23 Neighbourhood
USJ23 Residents & N/W Pro Tem Committee 2001
12 Jalan USJ 23/3C UEP Subang Jaya 47610 Subang Selangor Malaysia
Telephone: 603-80247143 Fax: 603-80240752
Publication or dissemination of the contents of this website is strictly prohibited. All information displayed on this website (reports, photographs, logos) are intellectual properties owned by us. You may not copy, reproduce, modify, transmit, publish, display or in any way commercially, or otherwise exploit any of the contents of our website without our prior written consent.
This page was last updated on Friday, 29. March 2002