Home | Newsletter | Community | Knight Watch | Monthly Meeting | Charity Fund | Planet Free | In the Press
Resident's Corner | Faces of USJ | Products & Services | About Us | Feedbackget this gear!

These are our archives. For the latest updates visit our Main Website at http://www.usj23.com


USJ 23 RESIDENT & N/W PRO TEM COMMITTEE 2001
12, JALAN USJ 23/3C, UEP SUBANG JAYA, 47610 SUBANG JAYA, SELANGOR
TELEPHONE: 603-80247143 FACSIMILE: 603-80240752
Website: http://www.usj23.com E-mail: committee@usj23.com

     
  25, October 2001                                                                                                    DENGAN TANGAN

Pejabat Daerah / Tanah Petaling
Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling
No. 9, Jalan SS 16/1
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan

Tuan,

Per : Kuari Berdekatan USJ 23, UEP Subang Jaya

-----------------------------------------------------------------------------

Kami merujuk kepada perkara di atas dan mesyuarat yang diadakan di tempat Tuan pada 20-06-2001 bersama-sama dengan wakil dari Puchong Quarry Sdn Bhd.

Kami telah diberitahu oleh syarikat kuari tersebut bahawa pihak Tuan telah meluluskan pemanjangan masa untuk syarikat kuari tersebut beroperasi sehingga 10.00 malam. Akibat pemanjangan masa tersebut, kuari tersebut telah beroperasi sehingga 10.00 malam tiap-tiap hari dan ini telah menyebabkan pencemaran udara dan gangguan bunyi yang teruk.Penduduk-penduduk di USJ 23 pada masa sekarang tidak mempunyai ketenteraman akibat gangguan tersebut diatas.

Kami bagi pihak kesemua penduduk-penduduk di USJ 23 berasa amat kesal dengan tindakan pihak Tuan yang langsung tidak mempunyai perihatin terhadap kesihatan dan kebajikan kami. Kami telah cuba menggunakan cara bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Tuan pada 20-06-2001 dan dalam mesyuarat tersebut kami telah diminta supaya tidak mengambil tindakan seterusnya kerana pihak syarikat kuari bersetuju mematuhi syarat-syarat permit. Walau bagaimanapun, kami berasa sangat-sangat dukacita dengan tindakan pihak Tuan dan syarikat kuari yang telah secara senyap memanjangkan masa operasi tanpa mendapatkan pandangan kami dan mmpedulikan kesihatan penduduk-penduduk disini.

Kami juga berasa sangat kesal kerana pihak Tuan tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadap syarikat kuari tersebut walaupun syarikat tersebut telah secara terang-terang melanggari syarat-syarat permit dengan beroperasi 24 jam untuk lebih kurang ½ tahun dahulu. Pihak Tuan mempunyai kuasa untuk menarikbalik permit tersebut kerana melanggar syarat permit (Ini diperuntukkan dalam Seksyen 72, kanun Tanah Negara 1965 dan dalam Borang C ).

Memandangkan kesihatan penduduk-penduduk USJ 23 adalah terganggu terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah sakit resadung dan lelah, kami telah diberi mandat yang sepenuhnya oleh mereka untuk mengambil tindakan seterusnya dengan membawa masalah tersebut kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Yang benar,

 

------------------- ------------------- ------------------ ------------------
Yee Foon Kong Beh Yong Hock Robert E Chan Lee Chiow Nea
Pengerusi Setiausaha Pegawai Hal-Ehwal
Komuniti
Pegawai Hal-Ehwal
Komuniti
   
Salinan (1) Dato Lee Hwa Beng,
ADUN Subang Jaya
   
  (2) Majlis Perbandaran Subang Jaya
Puan Arpah Binti Abdul Razak
Timbalan Presiden MPSJ
   
  (3) Puchong Quarry Sdn Bhd
 
     

[Back to The Granite Quarry Main Page]
 


These are our archives. For the latest updates visit our Main Website at http://www.usj23.com

Home | Newsletter | Community | Knight Watch | Monthly Meeting | Charity Fund | Planet Free | In the Press
Resident's Corner | Faces of USJ | Products & Services | About Us | Feedbackget this gear!


Send mail to webmaster@usj23.com with questions or comments about this web site.
Copyright © 2001 - 2002 USJ23 Neighbourhood
USJ23 Residents & N/W Pro Tem Committee 2001
12 Jalan USJ 23/3C UEP Subang Jaya 47610 Subang Selangor Malaysia
Telephone: 603-80247143 Fax: 603-80240752
Publication or dissemination of the contents of this website is strictly prohibited. All information displayed on this website (reports, photographs, logos) are intellectual properties owned by us. You may not copy, reproduce, modify, transmit, publish, display or in any way commercially, or otherwise exploit any of the contents of our website without our prior written consent.
This page was last updated on Friday, 29. March 2002