Home | Newsletter | Community | Knight Watch | Monthly Meeting | Charity Fund | Planet Free | In the Press
Resident's Corner | Faces of USJ | Products & Services | About Us | Feedbackget this gear!

These are our archives. For the latest updates visit our Main Website at http://www.usj23.com


USJ 23 RESIDENT & N/W PRO TEM COMMITTEE 2001
12, JALAN USJ 23/3C, UEP SUBANG JAYA, 47610 SUBANG JAYA, SELANGOR
TELEPHONE: 603-80247143 FACSIMILE: 603-80240752
Website: http://www.usj23.com E-mail: committee@usj23.com

     
 

05, November 2001

Yang Dipertua
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
Persiaran Perpaduan, USJ 5,
47610 Subang Jaya,
Selangor

U/P : YB En Ahmad Fuad bin Ismail

Yang Dipertua,

RAYUAN UNTUK MENURAP SEMULA JALAN USJ 23/3, USJ 23, UEP SUBANG JAYA

Merujuk kepada perkara di atas, kami dengan segala hormatnya ingin merayu kepada YAB agar mengeluarkan arahan untuk menurap semula Jalan USJ 23/3 memandangkan sebahagian besar daripada jalan tersebut yang berdepan dengan rumah-rumah di Jalan USJ 23/3 adalah ditakung air selepas hujan akibat daripada kecerunan jalan raya yang tidak sempurna.

2.      Adalah dimaklumkan bahawa masalah penakungan air ini telah wujud sejak tahun 2000. Setelah hujan berlaku, sekitar kawasan berdepan dengan rumah kami akan ditakungi air dengan keluasan lebih kurang 150 ft x 7 ft dan kedalaman lebih kurang 1 inch untuk beberapa hari. Malahan, penakungan air ini juga akan berlaku sekiranya salah seorang daripada kami mencuci kereta berdekatan dengan rumah sendiri. Gambar foto untuk takungan air ini adalah dilampirkan untuk rujukan Yang Dipertua.

3.      Masalah penakungan air ini telah mengakibatkan kesan-kesan seperti berikut:

a)     Lantai di kawasan ‘car porch’ kami telah menjadi kotor ekoran daripada kemasukan kereta ke tempat letak kereta kami yang melalui kawasan takungan air ini.

b)     Kawasan berdepanan dengan rumah kami yang ditakung air ini akan dipenuhi dengan sisa dan lumpur apabila air ini kering.

c)     Lumut telah bertumbuh di kawasan takungan air ini. Kelicinan permukaan jalan ini seterusnya akan membahayakan pergerakan golongan tua dan kanak-kanak kami.

d)     Penakungan air di depan rumah adalah tidak digalakkan daripada segi feng shui.

e)     Pergerakan kami telah disulitkan dengan takungan air ini terutamanya bagi golongan tua dan kanak-kanak kami.

Dalam hal ini, kami merayu kepada Yang Dipertua agar tindakan sewajarnya dengan menurap semula Jalan USJ 23/3 dengan kecerunan jalan raya yang betul dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.

Jasa baik dan pertolongan daripada Yang Dipertua dalam mempercepatkan tindakan penyelesaian untuk masalah takungan air ini amatlah kami hargai.

Sekian sahaja, terima kasih.

Yang Benar,

 

 

 

 

 

 

 

YEE FOON KONG

 

 

ROBERT E CHAN

 

 

KHOR SIEK CHOON

Pengerusi

 

Pegawai Hal Ehwal Komuniti

 

Ahli Jawatankuasa

 

Menteri
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Paras 4 dan 5, Blok K
Pusat Bandar Damansara
Peti Surat 12579
50782 Kuala Lumpur

U/P : YAB Dato’ Seri Ong Kah Ting

Ahli Dewan Undangan Negeri
Klinik Perkhidmatan Adun Subang Jaya
34-1, (Tingkat 1)
Jalan USJ 10/1E
Taipan Triangle
47620 UEP Subang Jaya
Selangor

U/P : YB Dato’ Lee Hwa Beng

Jurutera
Majlis Perbandaran Subang Jaya
Jabatan Kejuruteraan
Tingkat 3
Persiaran Perpaduan, USJ 5
47610 Subang Jaya
Selangor

U/P : Ir. Rosli Mohammad Yunus 

Pengarah
Sime UEP Homes Sdn. Bhd
Tingkat 9
Wisma UEP
Jalan USJ 10/1A
Pusat Perdagangan USJ 10
47620 Subang Jaya
Selangor

U/P : YB Dato’ Mohamed Haji Said

 

Pengurus Besar

Sime UEP Homes Sdn. Bhd.

Bahagian Operasi

No. 73 & 75

Jalan USJ 21/11

47610 Subang Jaya

Selangor

 

U/P : Tn Hj Kamalul Azam Ab. Rashid 

 
     

[Back to Planet Free]
 


These are our archives. For the latest updates visit our Main Website at http://www.usj23.com

Home | Newsletter | Community | Knight Watch | Monthly Meeting | Charity Fund | Planet Free | In the Press
Resident's Corner | Faces of USJ | Products & Services | About Us | Feedbackget this gear!


Send mail to webmaster@usj23.com with questions or comments about this web site.
Copyright © 2001 - 2002 USJ23 Neighbourhood
USJ23 Residents & N/W Pro Tem Committee 2001
12 Jalan USJ 23/3C UEP Subang Jaya 47610 Subang Selangor Malaysia
Telephone: 603-80247143 Fax: 603-80240752
Publication or dissemination of the contents of this website is strictly prohibited. All information displayed on this website (reports, photographs, logos) are intellectual properties owned by us. You may not copy, reproduce, modify, transmit, publish, display or in any way commercially, or otherwise exploit any of the contents of our website without our prior written consent.
This page was last updated on Friday, 29. March 2002