Home | Newsletter | Community | Knight Watch | Monthly Meeting | Charity Fund | Planet Free | In the Press
Resident's Corner | Faces of USJ | Products & Services | About Us | Feedbackget this gear!

These are our archives. For the latest updates visit our Main Website at http://www.usj23.com


USJ 23 RESIDENT & N/W PRO TEM COMMITTEE 2001
12, JALAN USJ 23/3C, UEP SUBANG JAYA, 47610 SUBANG JAYA, SELANGOR
TELEPHONE: 603-80247143 FACSIMILE: 603-80240752
Website: http://www.usj23.com E-mail: committee@usj23.com

     
 

12, October 2001

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Subang Jaya
Subang Jaya

Tuan,
Per  :  ‘Telecommunication Tower’ Berdekatan Dengan USJ 23 

-----------------------------------------------------------------------------

Perkara di atas adalah dirujuk.

Kami bagi pihak kesemua penduduk-penduduk di USJ 23 dan Jawatankuasa Protem Rukun Tetangga dan Penduduk USJ 23 ingin  membuat satu pengaduan resmi tentang sebuah ‘Telecommunication Tower’ yang didirikan berdekatan dengan kawasan perumahan USJ 23.

Pengukuran telah dibuat oleh kami dan butir-butir jarak antara ‘Telecommunication Tower’ dengan rumah-rumah kediaman USJ 23 adalah seperti berikut: -

(i)             Jarak dengan rumah yang terdekat (No. 25, USJ 23/3) adalah hanya 50 meter. Ini bermakna lebih kurang 12 rumah yang lain dan sebaris dengan USJ 23/3 adalah dalam lengkungan zon bahaya.

(ii)           Jarak dengan rumah terdekat di baris USJ 23/3A adalah lebih kurang 60 meter (No. 30, USJ 23/3A) dan 80 meter bagi rumah bersetentangan (No. 29, USJ 23/3A). Ini juga bermakna lebih kurang 15 rumah yang sebaris dengan No. 30 dan 29, USJ 23/3A  adalah dalam zon bahaya gelombang magnetic yang dipancar oleh ‘Telecommunication Tower’ tersebut.

(iii)         Bagi baris USJ 23/3B, jarak terdekat adalah 110 meter (dan rumah No. 28, USJ 23/3B). Oleh itu, adalah dianggarkan 5 rumah yang berada dalam zon bahaya. Sesalinan gambar ‘Telecommunication Tower’ tersebut adalah dilampirkan untuk rujukan tuan.

Oleh itu, adalah sungguh memeranjatkan kepada penduduk-penduduk USJ 23 kerana jumlah rumah-rumah yang terletak dalam zon bahaya adalah lebih kurang 32 rumah. Ini bermakna 30 % rumah-rumah di USJ 23 berada dalam lengkungan kawasan yang sentiasa menerima pancaran gelombang magnetic selama dua (2) tahun sejak mereka berpindah ke kawasan ini.

Berdasar kepada fakta-fakta di atas. Kami ingin meminta Majlis Perbandaran mengeluarkan notis perobohan dan pemindahan ‘Telecommunication Tower’ tersebut dalam tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan surat ini atas alasan-alasan berikut: -

(a)  ‘Telecommunication Tower’ tersebut telah didirikan tanpa apa-apa kebenaran dari MPSJ. Ini disahkan oleh Tuan Yang Dipertua pada 28 haribulan September 2001 (Rujuk Star Metro 28-09-2001). Ini bermakna, ‘Telecommunication Tower’ tersebut telah melanggari peraturan-peraturan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1967. 

(b) Jika syarikat tersebut membuat permohonan sekarang, ia juga ridak boleh diluluskan kerana terlalu berdekatan dengan kawasan perumahan. (Adalah diingatkan bahawa garispanduan 150 meter adalah jarak minimum yang ditetapkan oleh kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan). Oleh itu, soal syarikat tersebut memohon kebenaran  dan melengah-lengahkan permindahan adalah tidak boleh dilayan.

(c)  Pada 28-09-2001, Yang Berhormat Menteri Perumahan Dan Kerajan Tempatan, Dato Seri Ong Ka Ting telah mengarahkan kesemua kerajaan tempatan dan kerajaan negeri menggunakan garispanduan kementerian yang sedia ada, iaitu, bagi ‘Telecommunication Tower’ yang didirikan atas tanah hendaklah berjarak sekurang-kurang 150 meter dari rumah kediaman. (Rujuk Star – m/s 16, 5-10-2001).

Memandangkan bahawa terdapat 30% penduduk-penduduk USJ23 yang  tinggal di kawasan ini dan telah didedahkan kepada pancaran gelombang magnetic yang bahaya ini selama 2 tahun yang lalu, kami ingin merayu kepada pihak Majlis supaya mengambil tindakan dengan segera dan memastikan ‘Telecommunication Tower’ tersebut diroboh dan dipindah dari kawasan tersebut dengan segera.

Kerjasama tuan amat dihargai.

Yang benar,

 

-------------------- -------------------- --------------------
Yee Foon Kong  Beh Yong Hock  Robert E Chan
Pengerusi Setiausaha/Penasihat
Undang-undang
Pegawai Hal-Ehwal Komuniti

 

Salinan         (1)       Tan Sri Dato Nijhar,  
  Ahli Parlimen Subang Jaya  
     
  (2)       Dato Lee Hwa Beng,  
  ADUN Subang Jaya  
 
     

[Back to Telecommunication Tower Page]


These are our archives. For the latest updates visit our Main Website at http://www.usj23.com

Home | Newsletter | Community | Knight Watch | Monthly Meeting | Charity Fund | Planet Free | In the Press
Resident's Corner | Faces of USJ | Products & Services | About Us | Feedbackget this gear!


Send mail to webmaster@usj23.com with questions or comments about this web site.
Copyright © 2001 - 2002 USJ23 Neighbourhood
USJ23 Residents & N/W Pro Tem Committee 2001
12 Jalan USJ 23/3C UEP Subang Jaya 47610 Subang Selangor Malaysia
Telephone: 603-80247143 Fax: 603-80240752
Publication or dissemination of the contents of this website is strictly prohibited. All information displayed on this website (reports, photographs, logos) are intellectual properties owned by us. You may not copy, reproduce, modify, transmit, publish, display or in any way commercially, or otherwise exploit any of the contents of our website without our prior written consent.
This page was last updated on Friday, 29. March 2002