
Yang
Berbahagia Datuk Ir. Md. Sidek Ahmad
Managing Director
Tenaga Nasional Berhad Distribution Sdn Bhd
Tingkat 19, Wisma TNB
No. 19 Jalan Timur
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tuan,
Perkara:
Pemasangan Lampu Di Taman Permainan USJ 23, UEP Subang Jaya
Kami bagi
pihak penduduk-penduduk di USJ 23, UEP Subang Jaya ingin merayu kepada pihak
Tuan supaya memasang lampu-lampu di taman permainan kami.
Jawatankuasa Proten Rukun Tetangga dan Penduduk-penduduk USJ 23 telah ditubuhkan
pada 1999. Antara aktiviti-aktiviti utama yang dijalankan ialah seperti
penjagaan malam oleh ahli-ahlinya, jamuan tahunan dan perjumpaan bulanan oleh
penduduk-penduduk USJ 23. Pada masa sekarang, kami mengadakan perjumpaan bulanan
kami di rumah dan memandangkan penduduk-penduduk yang hadir semakin bertambah,
Jawatankuasa kami telah bercadang untuk mengadakan perjumpaan bulanan di
gelanggang badminton di taman permainan tersebut. Walaupun begitu, gelanggan
badminton tersebut tidak mempunyai lampu.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kami adalah untuk kebajikan dan
keselesaan hidup penduduk-penduduk di USJ 23. Oleh itu, kami berharap pihak Tuan
dapat memberikan sumbangan dengan memasang lampu-lampu di gelanggan badminton
tersebut.
Kami
melampirkan di sini salinan petisyen oleh penduduk-penduduk di USJ 23 untuk
tatapan Tuan. Petisyen tersebut adalah sebagai bukti bahawa hampir kesemua
penduduk-penduduk di USJ 23 bersama-sama merayu kepada jasa baik Tuan dalam
membantu kami untuk mewujudkan suatu suasana kehidupan yang selesa, aman dan
damai dalam USJ 23.
Sekian,diucapkan ribuan terima kasih.
Yee Foon Kong
Chairman
USJ23 Resident and
N/W Pro Tem Committee 2001
(Attach
Original List of Signatures from Residents in USJ 23) - 168 signatures
|